Thursday, July 22, 2010

Abah 15/10/1956 - 22/07/2009

Terasa cepatnya masa berlalu... hari ni genap setahun pemergian Abah. Tiada kata-kata yang mampu diluahkan betapa aku merinduinya. Jika sebelum ni Abah ada untuk memberi nasihat dan pendapat...sekarang smuanya harus aku fikirkan sendiri. Betapa pemergian Abah banyak memberi kesan kepada diri ini. Ya Allah! Ampunilah dosa-dosa Abahku dan kasihanilah dia seperti dia mengasihi aku, tempatkanlah Abah dikalangan hamba-hambaMu yang beriman. Ya Allah! Kau berikanlah ketenangan pada roh Abahku...sesungguhnya Abahku seorang yang sabar dengan segala ujianMu di dunia ini. Walaupun aku tahu Abah menderita. Kesusahan yang kau berikan padanya di dunia ini...Moga diberikan kebahagiaan padanya di akhirat kelak. Amin Ya Rabal Alamin.

Wednesday, July 14, 2010

Kisah Penjual Tempe

Bagus kisah nih..bacalah. .sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat
menandingi kekuasaan Allah S.W.T.Amin

Kisah Penjual Tempe

Moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang
perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe
yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap
untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya
yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi.  Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya
beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum
menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam
suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat
akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan
perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua
tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang
soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia
sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan
tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia
pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih
tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang
jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan
berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata
pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe ,
Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila
tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi
sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak
kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya
yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang
jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan
pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai
di pasar kesemua tempenya akan mas ak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya
ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya
untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah
keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam
hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.
Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan
hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan
jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat
isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika
lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit
kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah
satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa
tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu
hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah
mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka
sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi
kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada
Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu
dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap
tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum
menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk
mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga
seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe ,
tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia
berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi
lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar
tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur
pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum
menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa
hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England
teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan
ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya
apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau
dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah
tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah
pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan
apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang
dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai
dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,
menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke
arah kebaikan.

Monday, July 12, 2010

Malaikat Mengawasi Perbuatan Manusia

Allah S.W.T berfirman :

Terjemahan : Padahal sesungguhnya bagi kamu ada malaikat-malaikat yang mengawasi pekerjaanmu
yang mulia di sisi Allah dan mencatat pekerjaan-pekerjaan itu, mereka mengetahui apa yang kamu
kerjakan.

(Surah al-Infitar 82 : 10-12)

Allah S.W.T. telah menugaskan dua orang malaikat untuk mengawasi manusia sekaligus mencatat
setiap geri-gerinya, segala yang diucapkan mahupun yang disembunyikan. Tiada sedikitpun amalan
dan perbuatan manusia itu yang tidak dicatat oleh Malaikat.

Satu di antara dua malaikat penjaga itu, berdiri disebelah kanan manusia dan mencatat  setiap amalan
kebaikan, manakala malaikat yang satu lagi berdiri disebelah kiri, dan bertugas mencatat setiap amalan
buruk. Malaikat yang disebelah kanan mencatat tanpa pengetahuan malaikat yang berada disebelah
kiri, sedangkan Malaikat disebelah kiri sekali-kali tidak akan dapat mencatat kecuali dengan pengetahuan
malaikat yang berada disebelah kanan. Rasulullah S.A.W. bersabda :

Terjemahan : Sesungguhnya malaikat yang disebelah kiri masih mengangkat penanya selama enam jam setelah seorang muslim melakukan kesalahan. Kemudian jika dia menyesal dan memohon ampun kepada Allah
kerana kesalahannya itu, maka malaikat akan mencampakkannya. Dan jika dia tidak bertaubat, maka
barulah malaikat itu akan mencatatnya dengan satu kesalahan sahaja.

Rasulullah S.A.W. telah berpesan supaya menghormati malaikat-malaikat pencatat. Ibnu Hatim telah
meriwayatkan di dalam Tafsirnya, bersumber dari Mujahid, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

Terjemahan : Hormatilah para malaikat pencatat, yang mana mereka tidak berpisah darimu, kecuali
ketika dalam satu di antara dua hal iaitu : ketika jinabat dan buang air besar. Maka ketika salah seorang
di antara kamu mandi, hendaklah menutupinya.

Kelebihan Air Mata

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah!
Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".
"Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah"
. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang baha gia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Thursday, July 1, 2010

Kak Ana dan Nek...

Mereka berdua hadir dalam mimpi aku dua hari berturut-turut. Pagi Rabu tuh, sedar2 aku rasa sedih....terbayang2 mata nek memandang aku masa last sekali aku tersedar. Dah lama sebenarnya tak pernah mimpi arwah nek. Masa aku gosok gigi..pandang cermin pun masih ternampak renungan Nek.Nek meninggal kalo tak silap masa aku Darjah 6 ker Darjah 5. Semlm pulak, mimpi arwah K.Ana. Mimpi kitaorg tido kt umah Mak Ngah. Pastu, aku suruh K.Ana tlg iron baju aku. Rindu sgt kt K.Ana. Dulu masa kitaorg kecik2, dia lar yg paling rajin. Aku plak yang paling malas. Kalo kerja umah smua K.Ana yg buat. Bulan 11 nih cukuplar 4 tahun K.Ana pergi meninggalkan kami. 22 Julai ni plak genap setahun pemergian Abah. Mintak2 malam ni aku mimpi arwah Abah plak. Sekurang2 bila diorg hadir dlm mimpi dapatlah juga mengubat rindu kt diorg...Blehker request mcm tuh? Apapun aku sentiasa doakan diorg. Moga diampunkan dosa-dosa mereka dan Allah tempatkan mereka dikalangan org2 yang beriman. Janji Allah itu pasti...dan kematian itu pasti. Aku juga berharap aku pergi menemui Penciptaku dalam keadaan aku beriman kepada-Nya. InsyaAllah...

Wednesday, June 30, 2010

10 Panduan Tangani Anak Hiperaktif


1. Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikut kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tidak terarah kepada perkara negatif.

2. Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak hiperaktif kerana ada kalanya tindakan mereka membahayakan diri sendiri. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.

3. Meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Jangan sekali-kali menampakkan kebencian kita terhadap mereka walaupun sikap dan tingkah laku mereka kadangkala memalukan serta mencetuskan perasaan marah.

4. Bersabar dan tidak bertindak memukul mereka sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar peraturan yang kita tetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional.

5. Tukar perkataan 'jangan' kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan. Contohnya apabila mereka berlari-lari di dalam rumah, biasanya ibu bapa akan menjerit, "jangan lari", cuba tukarkan kepada perkataan "Farid, boleh tak berjalan, kalau lari nanti jatuh". Apa yang penting, jangan jemu memberi teguran.

6. Jangan mengungkap kata-kata negatif seperti "Kenapa la kamu ni nakal sangat", "Bodoh" atau seumpamanya kepada anak hiperaktif kerana kata-kata ibu bapa adalah doa kepada mereka.

7. Pelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan. Ibu bapa perlu kreatif untuk menyediakan aktiviti atau memberi tugas mudah bagi menyibukkan mereka di dalam aktiviti yang bermanfaat. Contohnya, pelihara ikan dan menanam bunga.

8. Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul. Contohnya jika mereka bijak menghafal dialog di dalam televisyen, ajak mereka menghafal ayat pendek di dalam al-Quran. Hafaz ikut gaya iklan kegemaran atau ikut rentak nasyid (untuk permulaan hafazan).

9. Usaha berterusan mendidik anak hiperaktif hendaklah dilakukan tanpa jemu walaupun ia lebih sukar dan mencabar berbanding kanak-kanak lain. Jangan berputus asa.

10. Dapatkan nasihat pakar sekiranya tahap hiperaktif anak anda membimbangkan.

(Sumber : http://www.blog.rahsiaanakpintar.com)

Tuesday, June 29, 2010

Empat Sifat Nabi Muhammad S.A.W.

Setiap pagi kt office ader sesi membaca Al-Quran dan terjemahan. Dah last skali bos tanya kt kitaorg smua 4 sifat Nabi Muhammad. Terkedu semua... bukan tak tahu. Tapi dah lupa...Buat malu jer. Namanya jer sekolah agama. Tapi bagus jugak sekurang2nya dapat remind balik. Banyak sebenarnya ilmu yang dah belajar tapi sebab tak diamalkan...lupa habis. Ilmu tanpa amal tidak berguna. Kalo sapa bleh ingat 4 sifat Nabi Muhammad S.A.W...Alhamdulillah. Sapa yang terlupa, saya kongsikan untuk sama2 kita ingat.

1. Shiddik (Benar)
2. Fatonah (Cerdas)
3. Tabligh (Menyampaikan)
4. Amanah (Dapat dipercaya)
Related Posts with Thumbnails