Monday, February 8, 2010

Tanda-tanda anak anda sudah bersedia untuk latihan ke tandas


Tanda-tanda anak anda sudah bersedia untuk latihan ke tandas (untuk mencuba, tidak semestinya anak anda ada kesemua tanda-tanda berikut)

Skil Bahasa
1. Mampu mengikut arahan (cth: “Tanggal seluar, pergi ke tandas.”).
2. Bercakap dua patah perkataan (cth:"babai yak", “jom yak”).

Skil Kognitif
3. Meniru perbuatan orang dewasa (cth: menyapu lantai)
4. Memahami sebab dan akibat (cth: kalau kencing, seluar basah)

Skil Emosi
5. Suka mendapat pujian dengan mengikut arahan anda
6. Menunjukkan bantahan, tidak patuh kepada arahan anda
7. Cuba untuk berdikari dalam aktiviti seharian (cth : berkeras untuk makan sendiri, cuba menanggalkan seluar sendiri)
8. Bangga dengan kepunyaan sendiri (“adik punya” dan “yak adik”)

Skil Motor
9. Boleh berjalan dengan baik
10. Boleh menanggalkan seluar sendiri
11. Boleh berdiri tegak 5 minit tanpa bantuan
12. Boleh menahan kencing dan berak (lampin akan kering lebih 2 jam tetapi bila basah, basah dengan banyak sekali)
13. Buang air besar pada masa yang sama hampir setiap hari

Penjagaan Badan
14. Tidak selesa dengan lampin yang basah atau bernajis
15. Tidak mahu memakai lampin dan suka menanggalkannya
16. Meminta untuk menggunakan kerusi ‘potty’
17. Menunjukkan ekspresi muka, badan, perbuatan atau percakapan jika mahu buang air. (cth: akan pergi ke satu sudut tertentu di rumah)

dari Forum www.Susuibu.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails